City masih boleh miliki musim yang baik

De Bruyne
De Bruyne
A
A
A

BINTANG Belgium, Kevin De Bruyne mengakui Liverpool sebagai pasukan yang lebih baik namun tetap percaya Manchester City masih mampu menamatkan saingan musim ini dengan cemerlang.

De Bruyne berkata, Bryune berkata, skuad The Citizens itu yang muncul juara Piala Liga Inggeris dilihat masih boleh menambah koleksi kejuaraan musim ini apabila bakal beraksi di peringkat suku akhir Piala FA Inggeris berdepan Newcastle United hari ini.

Malah menurut Bryune, City juga dijadualkan berdepan gergasi La Liga, Real Madrid awal Ogos depan pada peringkat 16 pasukan terbaik bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

"Kami percaya masih boleh menjadikan musim ini sebagai musim yang terbaik buat kami biarpun 'tewas' dalam pemburuan takhta liga musim ini.

"Kami juga tahu, ia (mengejar Liverpool) agak mustahil, biar pun setelah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung kembali baru-baru ini.

"Memang sesuatu yang mengecewakan apabila anda tidak menang, tetapi secara jujurnya kami mengakui Liverpool sebagai pasukan yang lebih baik tahun ini," katanya.

Kekalahan 1-2 City kepada Chelsea Khamis lalu, telah mengesahkan Liverpool selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/2020 yang sekali gus menamatkan penantian selama 30 tahun skuad The Reds itu.

Biarpun masih berbaki tujuh perlawanan namun kedudukan skuad The Reds yang mengumpul 86 mata hasil 28 kemenangan, seri dua kali dan tewas sekali itu dilihat terlalu 'gah' untuk digugat oleh mana-mana pasukan termasuk City yang berada pada tangga kedua liga dengan mengumpul 63 mata setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Bryune berkata, berdasarkan perbandingan dengan pasukan-pasukan lain dalam saingan EPL, Manchester City boleh dilabel sebagai pasukan kedua terbaik selepas Liverpool, musim ini.

"Kami tiada masalah untuk mengakui bahawa kami telah bekerja keras selama ini. Kami juga telah beraksi dengan baik, tetapi ia nyata masih belum mencukupi.

“Bagaimanapun, saya fikir kami masih ada peluang yang baik dalam saingan Piala FA Inggeris dan juga UCL nanti," katanya.