Johan bukan calon PRK Semenyih

Ismail (tengah) mempengerusikan sidang media, hari ini.
Ismail (tengah) mempengerusikan sidang media, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz sahkan diri tidak bertanding sebagai calon PRK Dun Semenyih, 2 Mac ini.

Beliau yang merupakan calon BN PRU14 mengambil keputusan memberikan laluan kepada calon terdiri enam nama yang telah disenarai pendek Umno Selangor.

"Saya beri ruang dan peluang kepada calon baharu yang akan ditetapkan atas kebijaksaan pucuk pimpinan parti .

"Saya akan terus memberikan sokongan dan kekal sebagai pengarah jentera Dun untuk membantu calon sepanjang kempen," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, timbalannya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi.

[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Semenyih: Umno Selangor cadang enam nama]

Ismail Sabri berkata, enam nama yang dicadangkan terdiri dari sayap Wanita, Pemuda dan profesional.

Menurutnya, beliau berterima kasih kepada Pas yang memberikan laluan kepada Umno untuk bertanding dan akan memantapkan kerjasama persediaan kempen.

Artikel Berkaitan:

Ismail (kiri) berbual bersama Setiausaha Pas Selangor, Abdul Halim Omar yang turut hadir, hari ini.
Ismail (kiri) berbual bersama Setiausaha Pas Selangor, Abdul Halim Omar yang turut hadir, hari ini.

"Jika dua PRK (Sungai Kandis, Seri Setia) bentuk kerjasamanya agak longgar dengan menumpukan kepada program bersama, PRK kali ini akan ditambah baik sehingga hari pengundian termasuk menarik keluar pengundi.

"Mesyuarat hari ini putuskan dua perkara mewujudkan jawatankuasa Umno-Pas dan misi bersama lancarkan jentera pilihan raya Umno-Pas," katanya.

Sementara itu, Sallehen berkata, Pas meletakkan komitmen fokus bantu dan gerak jentera PRK Dun Semenyih.

"Pas akan pastikan jumlah 6,966 undi yang diperoleh calon Pas PRU14 lalu dikekalkan dan menambah 20 peratus lagi undi kepada calon Umno.

"Kita yakin konflik dan ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan PH akan bantu kemenangan calon pembangkang," katanya.