KKR bantu kurangkan kebergantungan kepada kelapa import

Mohd Soffi (kiri) menyampaikan anak pokok kelapa pada Majlis Penyerahan Anak Benih Bagi Program Penanaman Kelapa Keliling Rumah (KKR) di Balai Raya Kampung Mambang, di sini.
Mohd Soffi (kiri) menyampaikan anak pokok kelapa pada Majlis Penyerahan Anak Benih Bagi Program Penanaman Kelapa Keliling Rumah (KKR) di Balai Raya Kampung Mambang, di sini.
A
A
A

PEKAN - Insentif penanaman kelapa keliling rumah (KKR) oleh kerajaan negeri Pahang sejak dua tahun lalu dapat mengurangkan kebergantungan permintaan kelapa import bagi kegunaan tempatan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak berkata, nilai import kelapa mencecah RM217 juta pada 2018.

"Kerajaan negeri menyasarkan satu juta kelapa dapat dihasilkan setiap tahun melalui program KKR dalam tempoh antara tiga hingga empat tahun akan datang sebagai pendapatan tambahan kepada penduduk setempat.

"Ia sekali gus dapat mengurangkan kos import yang ditanggung kerajaan setiap tahun," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Anak Benih Bagi Program KKR di Balai Raya Kampung Mambang, di sini petang.

Turut hadir Pengarah Pertanian Pahang, Mohd Nazri Abu Seman.

Pada majlis itu, sebanyak 250 anak benih kelapa jenis Malayan Yellow Dwarf (MYD) diagihkan kepada penduduk di kampung berkenaan untuk fasa pertama dan akan diteruskan berdasarkan permintaan penduduk.

Artikel Berkaitan: