Ferguson mesej tahniah kepada Dalglish

Imbas kembali...Dalglish dan Ferguson ketika di pentas liga Inggeris suatu masa dulu.
Imbas kembali...Dalglish dan Ferguson ketika di pentas liga Inggeris suatu masa dulu.
A
A
A

Bekas pengurus Liverpool, Sir Kenny Dalglish menyifatkan dalam bola sepak persahabatan mengatasi persaingan di padang selepas menerima ucapan tahniah daripada bekas pengendali Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Menurut Dalglish, 69, ucapan daripada bekas pengendali The Red Devils berusia 78 tahun itu hadir sebaik sahaja Liverpool disahkan juara liga utama Inggeris selepas pencabar terdekat Manchester City tewas 1-2 kepada Chelsea sekali gus mengakhiri kemarau 30 tahun buat The Reds.

"Ferguson antara orang pertama menghantar kiriman mesej mengucapkan tahniah selepas Chelsea mengatasi Manchester City.

"Jika anda melalui generasi yang lebih tua seperti Fergie di Manchester United, Brian Kidd, Mike Summerbee, semua mereka adalah pesaing lama terlibat dengan bola sepak yang pada penghujung musim anda mengutus surat ucapan tahniah yang mana masih berterusan pada hari ini.

"Apabila anda berada dalam pertandingan sebagai pesaing selain perlu bijaksana di padang sewajarnya juga harus memiliki kerendahan hati mengutus surat ucapan tahniah kepada lawan.

"Hari ini keadaan menjadi lebih mudah, anda mendapatkan teks atau e-mel daripada pesaing anda. Sebenarnya mereka mengharapkan kemenangan itu, tapi mereka tetap dengan bangga memberi penghormatan kepada orang lain."

Kedua-dua pengurus dari Scotland itu pernah 'berperang' di medan liga Inggeris semasa mereka aktif dalam industri bola sepak - Dalglish dua kali mengendalikan Liverpool termasuk Blackburn Rovers manakala Ferguson bersama Manchester United.

Artikel Berkaitan: