'Tak mungkin Liverpool dapat saingi rekod MU'

Ole Gunnar Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya Liverpool tidak akan mampu menyaingi rekod cemerlang The Red Devils ketika dibimbing oleh Alex Ferguson pada 1986 sehingga 2013.

Ferguson menamatkan penantian 26 tahun United memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 1992/93 dan berjaya merangkul 13 kejuaraan EPL sebelum bersara pada 2013.

Solskjaer pernah bermain di bawah bimbingan Ferguson selama 11 musim dan turut menikmati kejayaan enam kejuaran EPL termasuk hatrik pada 1998/99, 1999/00 dan 2000/01.

"Saya rasa tidak mudah buat mana-mana pasukan untuk mengulangi kejayaan kami ketika merangkul banyak kejuaraan di bawah kendalian Ferguson.

"Ferguson adalah pakar untuk memastikan kami sentiasa berada di kedudukan teratas. Tugas kami ketika itu adalah untuk memastikan kami tidak ketandusan kejuaraan sehingga 26 tahun seperti yang pernah berlaku.

"Kami akan sedaya upaya memenanginya dan cuba untuk memangkas jarak waktu tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Solskjaer tetap mengucapkan tahniah kepada skuad kendalian Jurgen Klopp itu berdasarkan reputasi cemerlang The Reds musim ini.

"Pertama sekali, mana-mana pasukan yang menang EPL dan Liverpool layak untuk mendapatkannya. Ia satu liga yang sukar dan tahniah kepada Klopp dan pemain.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya, setiap kali anda melihat orang lain menjulang trofi tersebut, ia sangat pedih. Saya tahu perasaan itu dalam kalangan pemain, staf dan penyokong. Sudah tentu United mahu kembali meraih kemenangan dan ia cabaran besar buat kami," katanya.