Tiga ahli Geng Biawak ditahan

Tiga lelaki berusia 20 hingga 23 tahun ahli Geng Biawak terlibat kes samun ditahan.
Tiga lelaki berusia 20 hingga 23 tahun ahli Geng Biawak terlibat kes samun ditahan.
A
A
A

KULIM - Tiga lelaki berusia 20 hingga 23 tahun ahli Geng Biawak yang disyaki terlibat dalam kes samun seorang lelaki Khamis lalu ditahan awal pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, suspek utama ditahan pada jam 3.30 pagi tadi di Taman Merak manakala dua lagi ditahan sekitar perumahan itu.

"Polis masih memburu seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan," katanya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam Khamis lalu, seorang lelaki berusia 26 tahun disamun ketika berada bersendirian di tepi jalan Taman Bistari di sini.

Beliau menambah, empat suspek dikatakan menunggang dua buah motosikal dan menyerang mangsa dengan memukulnya di badan dan kepala menggunakan topi keledar.

Menurutnya, mangsa turut dipijak sebelum dompet dan telefon bimbit dilarikan.

"Akibat serangan itu juga mangsa mengalami luka di kepala, mata, kening, hidung dan siku selain calar serta lebam tetapi keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: