Rezeki halang pelanggan tak pakai pelitup muka

Lenin menerima hadiah wang tunai AS$16,000 (RM69,000) hasil pengumpulan dana awam.
Lenin menerima hadiah wang tunai AS$16,000 (RM69,000) hasil pengumpulan dana awam.
A
A
A

SAN DIEGO - Seorang barista menerima hadiah wang tunai AS$16,000 (RM69,000) selepas orang ramai mengumpul dana sebagai sokongan lelaki itu melarang pelanggan yang tidak memakai pelitup muka masuk ke sebuah kafe, lapor Washington Post.

Lenin Gutierrez, yang bertugas di kafe berkenaan mendapati pelanggan terbabit tidak memakai pelitup muka ketika mahu memasuki kafe berkenaan.

Dia kemudian meminta pelanggan itu mematuhi protokol dengan memakai pelitup muka dan tidak dibenarkan memasuki kafe sebelum mematuhi peraturan kesihatan wabak Covid-19.

Netizen yang menyokong tindakan Lenin telah mengumpul dana menerusi GoFundMe sejak Rabu lalu yang diketuai oleh Matt Cowan.

"Kami mengumpulkan wang kerana menghargai usahanya mengekang penularan wabak Covid-19 dan tegas dengan peraturan kesihatan ditetapkan kerajaan," katanya.

Sebelum ini, seorang pelanggan memuat naik gambar Lenin yang memakai pelitup muka ketika bertugas di sebuah kafe di media sosial hingga tular.

Pelanggan tersebut kecewa kerana tidak dilayan kerana tiada pelitup muka.

"Inilah Lenin yang enggan melayani saya kerana saya tidak memakai topeng muka," tulis Amber Lynn Gilles di Facebook miliknya.

Artikel Berkaitan: