Budak seronok kayuh basikal hingga sesat sejauh 33km

Emmy berbasikal sejauh 33km. - Foto Tribunnews
Emmy berbasikal sejauh 33km. - Foto Tribunnews
A
A
A

SURAKARTA - Seorang kanak-kanak lelaki teruja mengayuh basikal sehingga tidak menyedari telah sesat dan berada sejauh 33 kilometer (km).

Emmy Jawiananta Framezti, 10, berbasikal sendirian dari rumahnya di Weru, Sukoharji hingga ke Solo mengikuti jalan besar Tawangsari-Sukoharjo-Solo Baru, lapor Tribunnews.

Emmy, yang memakai pakaian sukan sekolah mendakwa, tidak tahu lokasi sehingga dia datang ke Solo Baru dan terus mengayuh basikalnya dan berhenti di daerah Serengan.

Pegawai Perhubungan Awam Paur Solo Aiptu Iswan Tri Wahudiono yang mewakili Ketua Perhubungan Awam Surakarta Polresta Surakarta Kompol Yuliantara Proriyanta berkata, kanak-kanak itu telah dibawa ke balai polis Serengan.

Iswan mengakui, budak lelaki berusia 10 tahun telah tersesat dan ditemui oleh anggota Balai Polis Serengan.

"Sebaik kisah adik Emmy dimuat naik di media sosial dan tular ramai kenalan menghubungi ahli keluarga dan memaklumkan penemuan anak mereka.

"Keluarga dan neneknya hadir di balai polis sebelum membawa Emmy pulang," katanya.

Artikel Berkaitan: