Terhidu bau asap, dinding rumah terasa panas

Bomba memadam kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian ruang belakang rumah.
Bomba memadam kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian ruang belakang rumah.
A
A
A

SEREMBAN - Sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah jiran mereka di Taman Garden Homes di sini, terbakar jam 12 tengah malam tadi.

Kejadian itu disedari oleh M Vijayan, 45, selepas terhidu bau asap dan terasa bahagian dinding rumahnya panas.

"Saya jenguk ke pintu belakang rumah dan terkejut rasa panas itu datangnya dari rumah jiran sebelah yang terbakar.

"Saya terus kejutkan isteri dan anak-anak yang sedang tidur untuk selamatkan diri kerana bimbang api akan merebak," katanya.

Bomba memadam api di bahagian siling rumah.
Bomba memadam api di bahagian siling rumah.

Menurutnya, dia kemudian segera menghubungi talian kecemasan 999 dan pada masa sama meminta bantuan jiran-jiran untuk memadamkan kebakaran sementara menanti bomba sampai.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd Syazwan Saidy berkata, dua jentera dengan kekuatan anggota seramai 14 orang ke lokasi sejurus terima maklumat.

"Sebaik bomba sampai, didapati api sudah marak di bahagian belakang. Penghuninya pula dimaklumkan keluar.

Artikel Berkaitan:

"Bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan dan mengambil masa kira-kira 40 minit untuk memadam kebakaran sepenuhnya," katanya.

Bomba berjaya kawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan.
Bomba berjaya kawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan rumah itu musnah 80 peratus di bahagian dapur dan dua bilik belakang.

Katanya, ketika kejadian pemilik rumah tiada kerana keluar makan dan mengetahui rumahnya terbakar apabila dihubungi jiran.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.