Masa membantu rakyat

Muhyiddin dilihat bertungkus lumus cari jalan hendak bantu rakyat hadapi wabak Covid-19. - Foto Bernama
Muhyiddin dilihat bertungkus lumus cari jalan hendak bantu rakyat hadapi wabak Covid-19. - Foto Bernama
A
A
A

AWANG rasa kasihan pada Tan Sri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau bertungkus lumus cari jalan hendak bantu rakyat hadapi wabak koronavirus (Covid-19).

Macam-macam usaha kerajaan nak pulihkan ekonomi. Beliau dah bentang macam-macam rancangan untuk ringankan beban rakyat.

Tapi rakan kongsi politik beliau, UMNO, ada idea lain. Ini peluang nak ambil kesempatan daripada kelemahan parti Tan Sri Perdana Menteri.

Dah mula berlagak macam mereka yang kuasai kerajaan. Yang tak ada dalam kerajaan jadi tukang kritik dan buat bising seolah-olah mereka pembangkang dalam kerajaan.

Awang harap Tan Sri Perdana Menteri terus berusaha tanpa pedulikan parasit di sekelilingnya. Beliau nak hadapi serangan pembangkang dan sekarang timbul desakan mereka yang berada dalam Perikatan Nasional (PN) pula.

Kepada Tan Sri Perdana Menteri, nasihat Awang ialah bertegaslah dengan anasir dalaman itu. Bagi tahu mereka siapa yang berkuasa. Ingatkan mereka bahawa ekonomi perlu dipulihkan.

Bank Dunia pun ramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan menguncup. Kita sendiri dapat bayangkan kesan wabak ini pada syarikat besar dan kecil.

Pada masa ini kita tahu banyak rakyat kita akan hilang pekerjaan. Pelbagai sektor ekonomi akan dapat kesan buruk.

Artikel Berkaitan:

Kerja sebenar sekarang adalah untuk stabilkan politik. Sebagai negara dagang yang besar, kita juga bergantung pada ekonomi negara lain. Semua ekonomi di dunia terjejas disebabkan Covid-19.

Dalam pada itu, ada orang dalam PN yang sibuk hendak tuntut pilihan raya umum. Tan Sri Perdana Menteri patut tahu siapa musuh dalam selimut pada masa ini.