X

Kindly register in order to view this article
!

Jumpa budak dalam sangkar ketika operasi selamatkan haiwan

Polis turut menjumpai beberapa pokok ganja ditanam di kediaman tersebut selain lebih daripada 100 haiwan.
A
A

ATLANTA - Seorang kanak-kanak ditemui terkurung dalam sebuah sangkar anjing semasa operasi menyelamat haiwan di sebuah kediaman di Henry County, Georgia kelmarin.

Jurucakap polis berkata, kanak-kanak berusia kurang dari 2 tahun itu ditemui di sebuah bilik yang turut menempatkan beberapa kotak mengandungi ular dan tikus hidup.

"Ketika serbuan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan badannya yang kotor tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa," katanya.

Dilaporkan, polis turut menjumpai beberapa pokok ganja ditanam di kediaman tersebut serta lebih daripada 100 haiwan turut ditemui.

Dalam pada itu, Peguam Daerah, Matt Stowe berkata, penjaga serta datuk, dan nenek kanak-kanak terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!