Penjara di Filipina macam sardin dalam tin

Beberapa penjara dan pusat tahanan di Filipina menampung jumlah banduan yang terlalu ramai iaitu lima kali ganda melebihi kapasiti sepatutnya.
Beberapa penjara dan pusat tahanan di Filipina menampung jumlah banduan yang terlalu ramai iaitu lima kali ganda melebihi kapasiti sepatutnya.
A
A
A

MANILA - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP) membidas pihak berkuasa penjara di negara itu kerana memberikan layanan tidak berperikemanusiaan kepada banduan selain membiarkan tahanan tinggal dalam sel yang sesak.

CHRP berkata, beberapa penjara dan pusat tahanan di seluruh negara menampung jumlah banduan yang terlalu ramai iaitu lima kali ganda melebihi kapasiti sepatutnya.

"Masalah kesesakan yang kritikal ini mirip kepada perlakuan atau hukuman yang kejam, menjatuhkan maruah serta tidak berhati perut.

"Ia juga meningkatkan lagi risiko kesihatan seperti penularan Covid-19 terutamanya dalam kalangan banduan yang berusia dan berpenyakit," kata jurucakap CHRP, Jacqueline De Guia.

De Guia berkata, sebahagian besar kemudahan yang terdapat di Filipina juga tidak menepati standard asas antarabangsa.

Katanya lagi, CHRP turut menerima banyak aduan berhubung isu penganiayaan banduan terutamanya pesalah narkotik oleh pegawai penjara meskipun negara itu mempunyai udang-undang anti-dera terhadap individu yang dilucutkan kebebasan.

"Penganiayaan masih berlaku dan penahanan reman yang terlalu lama menambahkan lagi kekusutan dalam sistem penjara yang tidak teratur.

"Penghuni penjara dilayan seperti haiwan dan krisis kesihatan memburukkan keadaan di penjara," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: