X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga maut ditikam di Glasgow

Anggota paramedik membantu mangsa yang cedera dalam kejadian serangan di Park Inn Hotel tersebut. - Foto: Agensi
A
A

GLASGOW - Bandar Glasgow di Scotland dikenakan lockdown hari ini selepas insiden serangan bersenjatakan pisau di sebuah hotel.

Polis Scotland turut mengisytiharkan ia sebagai 'situasi kecemasan' ketika kejadian pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan) sebelum anggota dengan senjata automatik menyerbu Park Inn Hotel di West George Street tersebut.

Sementara itu, BBC menerusi Twitter melaporkan tiga mangsa dipercayai maut ditikam di tangga hotel tersebut dan pihak berkuasa telah menembak mati suspek terbabit.

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan situasi itu berjaya dikawal dan tiada lagi ancaman bahaya kepada orang ramai.

Difahamkan, pihak berkuasa turut mengerahkan anjing pengesan bersama 20 kenderaan polis di lokasi kejadian. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus