Wanita gagal dedah sejarah perjalanan dikompaun

Seorang wanita yang tiba di Miri baru-baru ini, dikompaun RM1,000 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak semalam. Foto: 123RF
Seorang wanita yang tiba di Miri baru-baru ini, dikompaun RM1,000 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak semalam. Foto: 123RF
A
A
A

KUCHING - Seorang wanita yang tiba di Miri baru-baru ini, dikompaun RM1,000 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak semalam, kerana gagal memberikan maklumat yang tepat berhubung sejarah perjalanannya ke luar negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, wanita berkenaan yang pulang dari Tunisia didapati tidak memberikan maklumat sebenar sewaktu mengisi borang pengisytiharan kesihatan, sewaktu ketibaannya.

“Tindakan selanjutnya akan diambil jika beliau gagal membayar kompaun itu dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya pada sidang media harian jawatankuasa berkenaan di sini hari ini.

Wanita itu dikatakan meneruskan perjalanannya melalui udara dari Kuala Lumpur ke Miri tanpa menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 yang dijalankan ke atasnya, dan sewaktu tiba, dia dianggap sebagai rakyat Sarawak yang baru pulang dari Kuala Lumpur dan tidak perlu dikuarantin ketika itu.

“Saya merayu kepada semua yang datang ke Sarawak, penting untuk memberi maklumat di dalam deklarasi e-kesihatan maklumat yang sahih. Ia demi kebaikan semua. Dengan mematuhi kesemua peraturan, walaupun mungkin sukar... dengan sedikit pengorbanan, tetapi ia amat bermakna sekali,” kata Uggah.- Bernama

Artikel Berkaitan: