'The Covid-19 Chronicles of Malaysia' tampil peranan rakyat

Dr Adham (tiga dari kiri) menunjukkan buku The Covid-19 Chronicles of Malaysia yang diterbitkan NIH di Shah Alam hari ini.
Dr Adham (tiga dari kiri) menunjukkan buku The Covid-19 Chronicles of Malaysia yang diterbitkan NIH di Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengucapkan tahniah kepada Institut Kesihatan Negara (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kejayaan menerbitkan The Covid-19 Chronicles of Malaysia.

Menerusi status yang dimuat naik di Facebook KKM, Dr Adham berkata, The Covid-19 Chronicles of Malaysia mempunyai 146 halaman itu dipenuhi maklumat mengenai gelombang pertama dan kedua pandemik koronavirus (Covid-19) serta beberapa aspek persiapan, kesiapsiagaan dan pemantauan yang dilalui bersama oleh rakyat Malaysia dalam mengharungi wabak itu.

Beliau berkata, perkembangan itu juga turut membuktikan peranan penting dimainkan NIH kepada negara dalam menentukan kemajuan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

"NIH mesti matang dan bergerak pantas seiring keperluan negara kerana ia akan menentukan hala tuju serta kadar kemajuan perkhidmatan kesihatan Malaysia.

"Ini pencapaian yang baik dan sangat berguna sesuai dengan keperluan semasa negara dan akan datang. Rakyat dapat manfaat daripada dedikasi dan keupayaan NIH,” kata beliau selepas melawat Kompleks NIH di Setia Alam hari ini

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) KKM, Dr Hishamshah Mohd Ibrahim dan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, Dr Norhayati Rusli.

Sementara itu katanya, legasi penyelidikan perubatan KKM semenjak tahun 1900 bakal melonjak maju dengan terbinanya Kompleks NIH yang serba canggih didukung oleh pasukan penyelidik berpengalaman.

Artikel Berkaitan: