X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Pengeluaran penuh KWSP pada umur 55 kekal

A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memberi jaminan kepada ahli bahawa tiada sebarang perbincangan diadakan mengenai cadangan menaikkan had umur bagi membuat pengeluaran penuh simpanan daripada umur 55 kepada 65 tahun secara berperingkat.

KWSP bagaimanapun berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan Bank Dunia itu untuk pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP.

“KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran tersebut,” menurut dana persaraan itu dalam kenyataan.

Katanya, ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!