Operasi sukar, tunggu kelulusan penyelam

Penyelam telah turun ke dasar laut sejak jam 7 pagi tadi secara bergilir-gilir bagi meninjau keadaan air dan arus di lokasi kereta itu dijumpai.
Penyelam telah turun ke dasar laut sejak jam 7 pagi tadi secara bergilir-gilir bagi meninjau keadaan air dan arus di lokasi kereta itu dijumpai.
A
A
A

GEORGETOWN - Polis sedang menunggu kelulusan dari penyelam sebelum menjalankan operasi menaikkan kereta SUV Mazda CX-5 yang terhumban ke laut dalam kemalangan awal pagi kelmarin.

Komander Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, seramai 40 penyelam dari empat agensi iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Menurutnya, penyelam telah turun ke dasar laut sejak jam 7 pagi tadi secara bergilir-gilir bagi meninjau keadaan air dan arus di lokasi kereta itu dijumpai.

"Keadaan arus di bawah laut pada waktu ini didapati agak kuat dan ia menyukarkan pasukan penyelam mengikat tali pada kenderaan itu untuk dibawa naik menggunakan kren.

"Buat masa ini, kita sedang menunggu kelulusan penyelam sebelum kenderaan itu dinaikkan," katanya kepada media tadi.

Beliau berkata, dalam operasi mengangkat kereta tersebut, pasukan penyelam akan mengikat tali pada bahagian tayar kereta.

"Kedudukannya sama seperti semalam iaitu di tiang 34, Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang. Kereta itu berada di kedalaman 15 meter," katanya.

Semalam, usaha menaikkan kenderaan itu menggunakan kaedah sama gagal selepas tali yang digunakan terlepas akibat keadaaan arus yang deras.

Artikel Berkaitan:

Di samping itu, cuaca juga semakin gelap dan keadaan air yang berkabut.

ARTIKEL BERKAITAN: