Polis nafi tidak ambil tindakan kes rogol warga Nigeria

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya polis tidak mengambil tindakan berhubung kes rogol dan pukul melibatkan seorang wanita warga Nigeria pada 4 Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kertas siasatan lengkap dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini untuk tindakan lanjut.

“Keputusan dicapai untuk mendakwa mereka yang terlibat mengikut Seksyen 375 dan 377C Kanun Keseksaan kerana merogol dan meliwat,” katanya di sini semalam.

Abdul Hamid berkata, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun direman pada Selasa lepas sementara tiga lagi masih diburu berhubung dakwaan merogol seorang wanita Nigeria berusia 30 tahun di sebuah rumah di Cheras.

“Proses (siasatan) mengambil masa sedikit memandangkan pada awalnya mangsa enggan penuhi tatacara siasatan iaitu membuat pemeriksaan tubuh badan tetapi kita pujuk dia dan berjaya melengkapkan kertas siasatan kes ini,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang lelaki ditahan berhubung kes rogol wanita warga Nigeria

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki tempatan yang sebelum ini ditahan kerana didakwa mencederakan wanita warganegara Nigeria, ditahan sekali lagi atas dakwaan merogol wanita berkenaan di sebuah rumah di Cheras.

Lelaki berusia 44 tahun itu bersama dua lagi suspek lelaki sebelum ini ditahan pada 4 Jun atas dakwaan pertama, namun dilepaskan pada 9 Jun dengan jaminan polis selepas permohonan untuk menyambung reman mereka ditolak.

Artikel Berkaitan: