1,020 beg tangan berjenama disyaki tiruan dirampas

Swee Hon menjalankan pemeriksaan ke atas barangan disyaki tiruan menerusi operasi berkenaan.
Swee Hon menjalankan pemeriksaan ke atas barangan disyaki tiruan menerusi operasi berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya merampas sebanyak 1,020 unit beg tangan dan 55 beg poket berjenama disyaki tiruan dalam satu operasi sekitar Cheras semalam.

Difahamkan, semua barangan rampasan itu keseluruhannya dianggarkan bernilai berjumlah RM31,150.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP, Low Swee Hon berkata, operasi dilakukan susulan maklumat daripada pengadu yang merupakan wakil pemilik cap dagang berdaftar bagi jenama tersebut.

"Barang berkenaan dijual dalam talian dan hasil risikan mendapati penjual menawarkan barangan tiruan di beberapa pasaran terbuka pada harga lebih rendah.

"Mereka menjadikan premis kediaman sebagai tempat menyimpan stok," katanya dalam satu kenyataan.

Swee Hon memberitahu, kes di siasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

Beliau turut menasihatkan peniaga supaya lebih bertanggungjawab dan menghormati harta intelek pihak lain dan orang ramai juga perlu lebih berhati-hati memilih barangan berjenama di pasaran bagi mengelakkan ditipu peniaga.

Artikel Berkaitan: