Polis cari Xian Heng, Wei Cheng

Dari kiri, Koh Xian Heng dan Yoong Wei Cheng dicari untuk bantu siasatan membabitkan kes dadah.
Dari kiri, Koh Xian Heng dan Yoong Wei Cheng dicari untuk bantu siasatan membabitkan kes dadah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur sedang mengesan dua individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras melalui kenyataan memaklumkan mereka dikenali sebagai Koh Xian Heng, 26, dan Yoong Wei Cheng, 23.

Kenyataan itu turut menyebut, alamat terakhir Xian Heng ialah di Taman Indah, Batu 11, Cheras manakala Wei Cheng di Sea Park, Petaling Jaya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor R Kalidasan di talian 011-16367407 dan 03-92050357 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 selain tampil ke balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: