Suami isteri cari ibu kandung anak angkat

Harin (kanan) menunjukkan sijil kelahiran Intan Diyana (tengah).
Harin (kanan) menunjukkan sijil kelahiran Intan Diyana (tengah).
A
A
A

PONTIAN - Sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Parit Lapis Sayang, Benut di sini, mencari ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan yang dijaga mereka bagi membantu urusan pengambilan anak angkat.

Harin Jabir, 60, berkata, dia bersama isterinya, Suhartini Acap, 42, menjaga Intan Diana, 2, selepas kanak-kanak itu dilahirkan ibunya di sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru.

Katanya, dia mengenali ibu kandung Intan Diana selepas bertemu wanita itu di Simpang Renggam.

“Saya ke Simpang Renggam untuk mendapatkan rawatan di sebuah rumah tukang urut tradisional di sana.

“Kebetulan ketika itu, saya diberitahu seorang wanita sedang sarat mengandung dan berhadapan masalah kewangan,” katanya.

Jelasnya, dia dan isteri bersetuju untuk menanggung kos bersalin wanita dikenali sebagai Lia Ami Ati, 30, itu di sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru.

Bagaimanapun, Harin memberitahu wanita itu tidak dapat dikesan selepas menyerahkan bayinya itu.

“Tidak banyak yang saya tahu tentang ibu kandung Intan Diana yang berasal dari Indonesia,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Harin berharap agar ibu kandung Intan Diana tampil membantunya melengkapkan dokumen anak angkat.

“Proses anak angkat ini sangat penting untuk masa depan Intan Diana terutama dari segi pendidikan.

“Saya dan isteri juga berhajat untuk membawa Intan Diana mengerjakan ibadah umrah bersama kami.

“Saya harap jika ibu kandungnya terbaca mengenai berita ini boleh hubungi saya di talian 012-7245479 atau tampil ke pejabat JKM Pontian,” katanya.