Kerajaan tetapkan harga siling jika harga ayam terus naik

Rosol (tiga, kanan) menunjukkan antara ayam yang diproses di HDA Poultry di Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit di sini hari ini.
Rosol (tiga, kanan) menunjukkan antara ayam yang diproses di HDA Poultry di Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit di sini hari ini.
A
A
A

KUALA NERUS – Kerajaan akan menetapkan harga siling jika harga ayam terus dinaikkan tanpa kawalan dan menekan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu akan dilaksanakan bagi menstabilkan harga ayam yang dilaporkan naik mendadak sejak kebelakangan ini.

“Isu kenaikan harga ayam ini bergantung kepada permintaan dan bekalan. Kita telah maklumkan kepada pihak industri sekiranya harga yang dikenakan tidak munasabah, kita akan ambil tindakan untuk tetapkan harga siling.

“Ketetapan harga siling agak dibimbangi oleh pihak industri, namun kita mempunyai kuasa untuk menetapkan satu harga yang munasabah jika harga ayam terus meningkat dan ianya berterusan menekan rakyat.

“Ini menunjukkan kerajaan prihatin dan mengambil berat terhadap isu dan permasalahan yang dialami rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Haji Din Ayam (HDA) Poultry Sdn Bhd, Mengabang Telong, Batu Rakit di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Notis 21 AKHAP 2011 dihantar kepada semua penternak ayam

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan meneliti dan mengkaji terlebih dahulu beberapa perkara asas yang mempengaruhi kenaikan harga ayam termasuk kos makanan, buruh dan elektrik sebelum mengenakan harga siling kepada peniaga.

“Kita memandang serius perkara ini dan sedang mencari jalan untuk menstabilkan kembali harga ayam. Pihak kementerian juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak industri untuk meneliti punca kenaikan harga sumber makanan itu sehingga mencecah RM9.60 sen sekilogram,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 529 notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan berdasarkan 321 pemeriksaan di peringkat rantaian pembekalan ayam di seluruh negara bermula 18 Jun lalu.

"Bagi pemeriksaan di pasar awam pula, kita telah memeriksa sejumlah 73, 841 pemborong dan peruncit. Terdapat sembilan kes dikesan melanggar peraturan di bawah AKHAP 2011 dan telah di kompaun sebanyak RM4,000," katanya.

Artikel Berkaitan: