Lelaki pecah kedai dobi diberkas

Antara barangan yang dirampas di rumah suspek di Taman Sri Medan, semalam.
Antara barangan yang dirampas di rumah suspek di Taman Sri Medan, semalam.
A
A
A

PETALING JAYA – Seorang lelaki disyaki terlibat kes pecah kedai dobi di Jalan Kenyalang di sini diberkas di Kota Damansara semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 8.15 malam.

“Hasil semakan, suspek mempunyai 16 rekod jenayah berhubung kes dadah, samun jalanan dan pecah rumah.

"Suspek juga mengaku terlibat dengan kes pecah kedai dobi itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, suspek juga telah menunjukkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang digunakan ketika melakukan jenayah pecah kedai dobi berkenaan.

“Kita juga telah merampas pelbagai barangan termasuk dua telefon bimbit jenama Huawei ketika pemeriksaan di rumah suspek di Taman Sri Medan,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Hasil tangkapan ini kita berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah kedai.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga sedang menyiasat penglibatan suspek terutamanya berkaitan kes pecah rumah di sekitar Petaling Jaya,” katanya.