Tedung selar dalam timbunan baju

Anggota APM menangkap ular tedung selar seberat 10kg di Kampung Pinang, Belantik, Sik hari ini.
Anggota APM menangkap ular tedung selar seberat 10kg di Kampung Pinang, Belantik, Sik hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah keluarga dikejutkan kehadiran ular tedung selar sepanjang 2.4 meter di rumah mereka di Kampung Pinang, Belantik, Sik hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, sepasukan lima anggota Skuad Bravo bergegas ke lokasi kes penemuan ular berkenaan selepas menerima laporan kira-kira jam 1.24 petang.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan tuan rumah tengah leka menjamu selera sebelum dikejutkan kehadiran seekor ular muncul dari luar rumah secara tiba-tiba.

"Selepas itu, ular tedung selar terbabit dikatakan terus masuk ke dalam sebuah bilik di rumah penduduk tersebut.

"Kita menemui haiwan berkenaan bersembunyi bawah timbunan baju," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dapat menangkap dan mengeluarkan haiwan berbisa seberat 10 kilogram (kg) tersebut selepas lima minit.

Artikel Berkaitan: