X

Kindly register in order to view this article
!

Bank Rakyat lancar kempen Akaun Deposit-i Berjangka

Bank Rakyat
A
A

BANK Rakyat melancarkan Kempen 7 bulan dan 11 bulan menerusi Akaun Deposit-i Berjangka (individu) eksklusif untuk pelanggan sedia ada yang melanggan mana-mana produk atau perkhidmatannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed berkata, kempen yang berlangsung dari 15 Jun hingga 15 November 2020 itu bertujuan untuk menghargai pelanggan yang setia bersama Bank Rakyat dalam keadaan ekonomi global penuh mencabar berikutan penularan koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, melalui kempen berkenaan pelanggan boleh meningkatkan potensi keuntungan bagi mendepani kehidupan normal baharu.

Katanya, mereka hanya perlu mendeposit minimum sebanyak RM10,000 dalam Akaun Deposit-i Berjangka dan boleh membuat pilihan untuk meletakkan deposit bagi tempoh 11 bulan dengan kadar keuntungan sebanyak 3.0 peratus setahun atau 2.8 peratus setahun untuk tempoh tujuh bulan.

“Keuntungan bagi kempen ini akan dibayar secara bulanan atau selepas tempoh matang, mengikut pilihan pelanggan dan akan dikreditkan ke akaun Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i) pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80- 5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!