PGA rampas 1,683 paket minyak masak

Dua kenderaan yang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kampung Bendang Pak Yong, semalam.
Dua kenderaan yang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kampung Bendang Pak Yong, semalam.
A
A
A

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas 1,683 paket minyak masak bersubsidi yang cuba diseludup ke Thailand dalam dua serbuan berasingan di Kampung Bendang Pak Yong di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, bagaimanapun kedua-dua suspek melarikan diri ketika serbuan dilakukan.

Katanya, ketika serbuan pertama pada jam 2 pagi anggota PGA merampas 867 paket minyak bersubsidi bernilai RM2,167.50.

Dua kenderaan yang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kampung Bendang Pak Yong, semalam.
Dua kenderaan yang ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kampung Bendang Pak Yong, semalam.

“Dalam serbuan kedua pula sebanyak 816 paket minyak masak bernilai RM2,040 dirampas,” katanya.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk dua buah kenderaan yang digunakan untuk menyeludup berjumlah RM14,205.50.

“Kita menyeru kerjasama orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat kepada kami bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

“Selain itu kawalan sempadan akan terus diperkukuhkan bagi memastikan tahap keselamatan sempadan negara kekal kukuh daripada sebarang anasir tidak baik,” katanya.

Artikel Berkaitan: