Enam kes baharu positif Covid-19

Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak enam kes baharu positif koronavirus (Covid-19) direkodkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima daripadanya merupakan kes import dan satu penularan tempatan.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 8,606 kes dan jumlah kes aktif 191 kes," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga kini terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

"Tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya.

Beliau berkata, kes kematian Covid-19 kekal pada 121 kes selepas tiada kes baharu dilaporkan.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 23 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah 8,294 kes bersamaan dengan 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.