X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat lebih gembira dengan kerajaan hari ini, kata Rosol

Rosol Wahid
A
A

NORHASPIDA YATIM

KUALA NERUS – “Rakyat lebih gembira dengan kerajaan hari ini malah kebanyakan mereka menyebut ini adalah kerajaan terbaik setelah mereka mengalami zaman 'gerhana’ selama 22 bulan, kata Ketua Bahagian Bersatu Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, cadangan membubarkan Parlimen lebih awal bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat dalam meredakan kemelut politik negara dilihat masih belum sesuai.

Jelasnya, ia berikutan terdapat beberapa isu yang masih belum selesai dan perlu diberikan keutamaan oleh kerajaan berbanding mengambil keputusan untuk membubarkan Parlimen.

“Dari segi Islam ia digelar fiqh al-aulawiyat yang bermaksud keutamaan di mana keutamaan yang perlu diberi perhatian kerajaan buat masa ini ialah menyelesaikan terlebih dahulu isu-isu rakyat seperti kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan mereka.

“Kita belum selesai lagi menangani masalah wabak koronavirus (Covid-19) malah masih belum boleh angkat bendera mengatakan kita telah menang melawan Covid-19.

“Kerajaan juga masih perlu memikirkan pelbagai langah terbaik untuk mengatasi masalah berbangkit ekoran penularan wabak ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di Haji Din Ayam (HDA) Poultry Sdn Bhd, Mengabang Telong, Batu Rakit di sini hari ini.

Mengulas perkembangan sama, katanya, beliau yakin rakyat kini berpuas hati dengan kerajaan sedia (Perikatan Nasional) berdasarkan prestasi yang ditonjolkan sejak memegang tampuk pemerintahan negara.

“Bagi saya tiada isu untuk mengadakan PRU15 dalam masa terdekat kerana kerajaan bukan sahaja berbelanja berbilion ringgit malah segala keutamaan yang perlu diberikan perhatian tidak dapat diteruskan.

“Saya kira lebih baik tunggu sampai tempoh yang sesuai untuk PRU diadakan bagi membenarkan pentadbiran diteruskan dan rakyat dapat bekerja dengan baik termasuk sektor industri yang baharu sahaja beroperasi sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP)," katanya.

Rosol berkata sebarang keputusan mengenai keperluan untuk mengadakan PRU-15 juga terletak di tangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, terdapat desas desus mengenai keputusan untuk mengadakan PRU15 sebagai jalan terakhir untuk meredakan suhu politik di Malaysia, sekali gus mengakhiri pertikaian kuasa yang semakin bertiup kencang dalam kalangan beberapa pemimpin utama politik di negara ini.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, PRU perlu diadakan seawal tahun depan bagi memulihkan kestabilan politik di negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berpandangan PRU itu sesuai diadakan selepas keadaan ekonomi negara dilihat stabil dan penularan Covid-19 terkawal.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!