Khianat: Polis tahan lima lelaki lastik guli ke arah premis

Kelima-lima suspek ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 5 pagi tadi.
Kelima-lima suspek ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 5 pagi tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai lima lelaki tempatan yang terlibat dalam kes cermin premis pecah di sekitar daerah ini ditahan polis di sekitar Kuala Kedah di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, kumpulan lelaki itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 5 pagi tadi.

Katanya, kelima-lima suspek mengaku melakukan perbuatan khianat terbabit dengan melastik guli ke arah premis.

"Mereka yang berusia antara 20-an hingga 30 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian saringan air kencing juga adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini pihak polis menerima sebanyak 13 laporan polis berkaitan kejadian berkenaan.

"Pihak polis masih menyiasat motif kejadian dan mereka direman empat hari sehingga 29 Jun depan untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: