KPDNHEP rampas 8,000 tan metrik gula

Antara bekalan gula yang ditemui di Shah Alam dan Kajang, Selangor, hari ini.
Antara bekalan gula yang ditemui di Shah Alam dan Kajang, Selangor, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas sebanyak 8,000 tan matrik gula yang disimpan melebihi had kuantiti dibenarkan dalam serbuan di dua syarikat di Shah Alam dan Kajang hari ini.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, barangan kawalan tersebut dirampas menerusi serbuan Ops Manis di dua syarikat berkenaan pada jam 10 pagi.

"Operasi ini berdasarkan maklumat risikan yang telah dibuat sejak dua minggu lalu.

"Sebanyak 8,000 tan metrik gula dianggarkan bernilai RM22.5 juta dirampas dalam serbuan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 9(1) dan Peraturan 13(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Jika sabit kesalahan denda bagi perseorangan tidak melebihi RM 1,000,000 bagi pertubuhan pula tidak melebihi RM 2,000,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, Iskandar berkata, pihaknya turut melaksanakan pemeriksaan ke atas sebuah syarikat kerana disyaki gagal menyelenggara buku stok barangan kawalan gula.

"Setiap pengedar dan pemborong tidak dibenarkan untuk menyimpan stok barangan kawalan melebihi had kuantiti yang kita benarkan.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, stok keluar dan masuk barangan kawalan ini juga mesti dikemaskini setiap hari untuk mengelakkan ia disyaki diselewengkan," katanya.