Tahniah Liverpool untuk musim yang hebat

 Pep Guardiola
Pep Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan pasukannya kehilangan 'semangat' untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sekali gus gagal mempertahankan trofi tersebut untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Menurutnya, Liverpool menunjukkan semangat tinggi serta keinginan untuk menjadi juara EPL yang lebih berbanding The Citizen dan menjadi faktor kejayaan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu.

"Kami memenangi lapan gelaran berturut-turut yang tidak pernah berlaku sebelumnya di negara ini. Selepas itu beberapa masalah timbul apabila Kami kehilangan Vincent Kompany kepada Anderlecht dan Aymeric Laporte yang cedera.

"Setelah kami memenangi gelaran tersebut, mungkin kami tidak mempunyai semangat yang sama seperti Liverpool.

"Selepas dua musim ada jurang besar antara pasukan di EPL. Kami tidak konsisten seperti musim sebelumnya. Liverpool memenangi Liga Juara-Juara dan ia menambah keyakinan.

"Mereka bermain setiap perlawanan seperti permainan terakhir mereka. Pada mulanya, kami tidak bermain seperti itu.

“Tahniah kepada Liverpool untuk musim yang hebat ini. Kami masih mempunyai lima atau enam minggu untuk bermain tetapi kami menang banyak dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan tentunya kami mahu merapatkan jurang.

"Kami tidak boleh lupa kami masih berada di kedudukan kedua di liga jadi kami lebih baik daripada banyak pasukan lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

City menghadiahkan kejuaraan EPL kepada Liverpool selepas pasukan itu tewas kepada Chelsea 1-2 dalam aksi di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekalahan kepada Chelsea, Guardiola menegaskan beberapa kesilapan yang dilakukan pemainnya menyumbang kepada keputusan tersebut.

"Dalam konteks permainan kami bermain baik. Tidak banyak tekanan dalam kotak penalti. Tetapi, perlawanan yang bagus tidak memberi makna jika kami melakukan kesilapan mudah," katanya.