X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Adham tinjau fasiliti di NIH

Dr Adham (duduk) diberi taklimat berkenaan kemudahan yang ada di NIH.
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengadakan lawatan ke Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Setia Alam semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook KKM, Dr Adham turun padang meninjau lebih dekat Kompleks Penyelidikan Kesihatan tercanggih dan berteknologi tinggi di Malaysia yang dilengkapi kemudahan sedia ada termasuk Makmal In Vivo Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan enam institut di bawah NIH.

Dr Adham kemudiannya dibawa melawat ke Makmal In Vivo Research Facility di Aras 5, Makmal Elektron Mikroskopi di Aras 1 dan Galeri NIH.

Ketibaan Dr Adham disambut oleh Pengurus NIH, Dr S Asmaliza Ismail; Pengarah IMR Kuala Lumpur, Dr Tahir Aris; Pengarah IKU, NIH, Dr Noor Ani Ahmad; Pengarah IPSK, NIH, Dr Nor Izzah Ahmad Shauki; Pengarah ICR, NIH, Datuk Dr Goh Pik Pin; Pengarah IPK, NIH, Dr Nor Hayati Ibrahim; Pengarah IPTK, NIH, Dr Manimaran Krishnan; Pendaftar NIH, Safriah Md Adzhar dan Ketua Pusat Penyelidikan Kanser, IMR, NIH, Dr Alan Khoo.

Dr Adham melihat antara kemudahan yang terdapat di NIH.
Dr Adham melihat antara kemudahan yang terdapat di NIH.

Satu sesi taklimat mengenai Perkhidmatan Teras NIH telah dibentangkan kepada Dr Adham oleh Dr S Asmaliza di Auditorium Perdana NIH.

Secara umumnya, lawatan tersebut bertujuan untuk melihat segala kemudahan yang terdapat di NIH yang merangkumi enam buah Institut Penyelidikan di bawah KKM dalam menyampaikan informasi berkaitan perkhidmatan teras dan penyelidikan terkini.

Kompleks NIH yang dibina di atas keluasan tanah 16.1874 hektar terdiri daripada 23 bangunan ikonik yang merangkumi bangunan bagi enam institut, pejabat pengurus dan pendaftar, ruang guna sama, kuarters dan residensi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), KKM, Dr Hishamshah Mohd Ibrahim dan

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Norhayati Rusli.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!