Penganggur mengaku tidak bersalah bawa parang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan memiliki dua parang, tahun lepas.

Muhammad Hafizul Khan Mohd Ayeb Khan, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati membawa senjata berjenama Quarry Stone Knife berwarna koko berukuran 34.3 sentimeter.

Kesalahan didakwa dilakukan di Lebuhraya Besraya berhadapan Pangsapuri Raya Permai menghala ke Pusat Bandar dalam daerah Cheras, pada jam 2.30 pagi, 8 Disember 2019.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dipenjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri tidak mencadangkan sebarang ikat jamin kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, tidak membuat rayuan bagi kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Artikel Berkaitan: