Kicap, pes keluaran M'Dee jadi tumpuan

Mohd Rosidi menunjukkan produk-produk keluaran M’Dee yang dihasilkan syarikatnya.
Mohd Rosidi menunjukkan produk-produk keluaran M’Dee yang dihasilkan syarikatnya.
A
A
A

BERMULA sekadar suka-suka dalam bidang masakan, akhirnya mengubah hidup seorang bekas pensyarah yang kini bergelar usahawan berjaya dengan mempunyai beberapa produk jenama sendiri.

Bermula dengan pati kicap char koay teow, Mohd Rosidi Abdul Rashid, 52, yakin peluang dalam perniagaan lebih memberi keuntungan dan produk yang dihasilkan akan mendapat permintaan.

Anak kelahiran Bukit Mertajam berkelulusan Sarjana dalam bidang Instruksi Multimedia, USM yang sebelum

ini mengajar subjek Sains Komputer, tekad memilih untuk bersara pilihan bagi memberi tumpuan kepada perniagaannya yang ketika itu diusahakan di rumah tanpa bantuan mana-mana pihak.

“Saya memang minat berniaga dan pernah membuka gerai menjual burger. Ketika menjadi guru dan pensyarah saya berniaga char koay teow pada waktu malam kerana tidak mahu mensia-siakan peluang dan bakat memasak.

“Pada 2006 saya menghasilkan pati kicap char koay teow dan saya nampak produk ini boleh pergi jauh. Semakin hari produk ini mendapat permintaan dan saya mahu lebih serius menghasilkan jenama sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kilang pengeluaran produknya yang terletak di Kompleks Perda Food Park, Taman Industri Asas Tani, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.

Bermula dengan 500 botol pati kicap Produk M’Dee jadi tumpuan Kicap, sos dan pes masakan mendapat tempat di pasar raya terkenal char koay teow dan memasarkan sendiri di kedai dan gerai perniagaan di sekitar negeri ini, kini produk di bawah syarikatnya MDEE Enterprise (M’Dee) menghasilkan lebih 6,000 botol sebulan bagi memenuhi permintaan pelanggan di seluruh negara.

Mengakui bukan mudah selepas menjejakkan kaki dalam dunia perniagaan, Mohd Rosidi pernah melalui pengalaman berdepan tindakan mahkamah apabila produknya didapati tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan:

Namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk teruskan perniagaan malah dugaan itu dianggap sebagai asam garam dan pengajaran untuk menambah baik kualiti produknya sekali gus memenuhi spesifikasi yang ditetapkan agar selamat digunakan.

Kini beliau turut mengeluarkan pati sos mi goreng mamak, perencah dan pes sambal tumis yang semuanya telah mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) selain sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) daripada KKM.

Selain botol, produk keluaran M’Dee turut dikeluarkan dalam bentuk paket kecil untuk masakan bagi hidangan kecil. Ia boleh didapati di semua pasar raya Mydin, Sunshine dan rangkaian Agrobazaar

K-Shoppe, Lesong Mart serta kedai runcit dan serbaneka di seluruh negara.

Sasaran pengeluaran dijangka meningkat apabila produk jenama M’Dee ini berada di Pasar Raya Besar Tesco seluruh Malaysia sedikit masa lagi.

“Produk kami juga dijual melalui medium e-dagang seperti Shopee, Lazada, Agrobazaar Online dan aplikasi MatJenin.my yang dibangunkan oleh usahawan tempatan untuk memasarkan produk tempatan,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada pihak agensi kerajaan yang menyokong dan membantu melalui khidmat nasihat,

kursus, seminar mahupun bantuan geran termasuk Geran Change Upgrade Product (CUP) yang diberikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan lain-lain agensi.

Untuk maklumat lanjut tentang produk syarikat MDEE Enterprise, pelanggan dialu-alukan melayari laman sosial di pautan https://www.facebook.com/soscharkoayteow.meegorengmamak.

Mereka yang berminat untuk menjadi ejen boleh menghubungi talian 019-457 2268 atau 016-443 2630.