Polis tumpas sindiket seludup minuman keras

Sebanyak 12,960 tin minuman keras dirampas di Bukit Tinggi, Klang, kelmarin.
Sebanyak 12,960 tin minuman keras dirampas di Bukit Tinggi, Klang, kelmarin.
A
A
A

KLANG – Polis berjaya melumpuhkan sindiket minuman keras tidak bercukai di sekitar Klang dan Kuala Lumpur berikutan penahanan seorang pemandu lori oleh sepasukan anggota dari Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bukit Tinggi, di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pihaknya mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun, berhampiran susur keluar Bukit Tinggi Lebuhraya Klang-Shah Alam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terbabit, pihaknya menemukan sebanyak 540 kotak berisi 12,960 tin minuman keras pelbagai jenama dipercayai diseludup dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM37,800.

"Turut dirampas sebuah lori, wang tunai RM1,980 berserta beberapa telefon bimbit," katanya melalui kenyataan media semalam.

Jelasnya, suspek telah dibawa ke Balai Polis Klang untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kastam 1967.

Dalam masa sama, beliau turut meminta masyarakat memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan: