Covid-19: Malaysia tersenarai dalam 47 'winning country'

Dr Noor Hisham pada sidang media harian perkembangan terkini Covid-19. Foto Bernama
Dr Noor Hisham pada sidang media harian perkembangan terkini Covid-19. Foto Bernama
A
A
A

Pelaksanaan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu untuk membendung penularan Covid-19 di negara ini semakin menampakkan hasilnya.

Menerusi data dipaparkan laman web Endcoronavirus.org dikendalikan American New England Complex Systems Institute (NECSI), Malaysia kini tersenarai sebagai salah sebuah daripada 47 negara yang sedang memenangi 'perang' melawan Covid-19.

Selain Malaysia, tiga negara jiran iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam turut tersenarai.

Bagaimanapun, bagi beberapa lagi negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Filipina, masih bergelut untuk menurunkan kes jangkitan.

Laman Facebook Public Health Malaysia, yang turut mengemas kini perkembangan terbaharu itu, mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah situasi sekarang.

Sebaliknya, masyarakat diingatkan agar terus mengamalkan penjarakan sosial dan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diarahkan kerajaan.

Artikel Berkaitan: