Selamat tinggal Lang Merah

Azmeer mengumumkan pengundurannya daripada skuad Lang Merah.
Azmeer mengumumkan pengundurannya daripada skuad Lang Merah.
A
A
A

Tonggak pertahanan kental Kedah, Azmeer Yusof mengakhiri spekulasi tentang masa depannya apabila mengumumkan pengundurannya daripada skuad Lang Merah.

Azmeer ketika mengesahkan perkara itu menerusi laman media sosial Instagram peribadinya malam ini memberitahu, keputusan tersebut dibuat bukan disebabkan masalah gaji tertunggak tetapi kerana mahu menumpukan perhatian penuh kepada beberapa perniagaan dijalankannya.

“Dengan ini saya mengumumkan pengunduran saya daripada Kedah FA. Saya doakan yang terbaik buat pasukan Kedah FA. Semoga terus mencipta kejayaan-kejayaan di masa akan datang.

“Ampun maaf dipinta kepada semua pihak seandainya kehadiran saya ke bumi Jelapang Padi tidak dialu-alukan. Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH Taala, yang buruk datang dari diri saya sendiri.

“Kepada semua penyokong bola sepak Kedah FA, teruskan memberi sokongan kepada pasukan Kedah. Tanpa kalian, bola sepak tiada erti. Maafkan saya, saya akan sentiasa rindukan sorakan kalian,” katanya.

Azmeer mengumumkan pengundurannya daripada skuad Lang Merah menerusi laman media sosial Instagram peribadinya malam ini.
Azmeer mengumumkan pengundurannya daripada skuad Lang Merah menerusi laman media sosial Instagram peribadinya malam ini.

Pada masa sama, Azmeer yang mengusahakan perniagaan penjualan ikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut memohon para penyokong Kedah mendoakannya agar usaha untuk membina Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Alor Setar tercapai.

“Pesanan saya yang terakhir kepada semua orang yang beragama Islam. Agama kita, kita jaga dan jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu. Kerana itu soalan pertama ALLAH pada kita di alam sana nanti. Maafkan saya dengan keputusan ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: