Warga emas maut motosikal bertembung kereta

No Image Caption
A
A
A

ARAU - Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya cedera parah apabila motosikal ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Jejawi–Behor dekat Kolej Jururawat Kangar di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa Saudah Ahmad, 74, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian kira-kira 4.30 petang.

Menurutnya, suami mangsa, Yob Matt, 77, mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki.

Superintendan Nanda Maarof
Superintendan Nanda Maarof

"Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Behor Pulai menghala ke Jejawi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda Jazz keluar dari simpang secara tiba-tiba dan berlaku perlanggaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta yang merupakan seorang pelajar berusia 20 tahun terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: