Nelayan hilang ditemui meninggal dunia

Pasukan mencari membawa mayat nelayan yang hilang di kawasan Bukit Damar, Jalan Kampung Merdeka, Tikam Batu, di sini.
Pasukan mencari membawa mayat nelayan yang hilang di kawasan Bukit Damar, Jalan Kampung Merdeka, Tikam Batu, di sini.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang nelayan berusia 34 tahun yang dilaporkan hilang ketika keluar di kawasan Bukit Damar, Jalan Kampung Merdeka, Tikam Batu, di sini ditemui meninggal dunia hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu melakukan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima makluman kehilangan seorang lelaki di kawasan bukit berkenaan.

"Berdasarkan makluman diterima, mangsa dipercayai hilang sejak empat hari lepas.

"Susulan itu, kita melakukan operasi mencari dan menyelamat di sekitar kawasan sebelum menemuinya dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya dan operasi tamat pada jam 2.07 petang.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Nelayan hilang di bukit belakang rumah

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang nelayan dikhuatiri hilang apabila tidak pulang selepas keluar ke kawasan Bukit Damar, Jalan Kampung Merdeka, Tikam Batu di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pencarian mangsa dilakukan kira-kira jam 2 petang selepas menerima laporan kehilangan daripada bapanya.

Beliau berkata, seramai lima anggota polis bersama enam penduduk kampung berusaha mencari lelaki berkenaan namun tiada sebarang kesan atau maklumat diperoleh.

Artikel Berkaitan: