Tiada caj hotel selama enam bulan di Pulau Pinang bermula 1 Julai

Pulau Pinang - Foto 123rf
Pulau Pinang - Foto 123rf
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang mengetepikan caj hotel berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Disember selaras dengan kebenaran merentas negeri.

Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Yeoh Soon Hin berkata, ia adalah usaha kerajaan negeri untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.

“Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga akhir tahun.

Soon Hin berkata, pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

“Ini adalah sejajar dengan wawasan kerajaan negeri iaitu kami menggalakkan pelancongan yang bertanggungjawab untuk menjadikan negeri dan negara kita sebuah tempat yang lebih selamat untuk masyarakat dan pelawat,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: