Tujuh didenda memandu dalam keadaan mabuk

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Tujuh lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tertuduh, Ng Chiek Seng, 63; Pang Chee Seng, 38 dan D Gunalan, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin selepas faham pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam prosiding berasingan.

Turut mengaku bersalah ialah A David Dass, 45; Lee Way Yeow, 52; Lee Yee Seng, 57 dan Chai Tyzz Loong, 43, terhadap kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nur Amirah Syed Ahmad Yunus.

Mengikut pertuduhan, Chiek Seng didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol ketika pemeriksaan dilakukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Seremban dalam Op Mabuk sekitar Seremban kira-kira jam 8.30 malam, 1 Jun lalu.

Chee Seng pula didakwa melakukan kesalahan sama di kawasan Taman A.S.T kira-kira jam 8.30 malam pada 3 Jun, manakala

Gunalan dikesan melakukan kesalahan itu ketika menunggang motosikal Honda Wave di Lingkaran Tengah (susur Permai) pada jam 11.15 malam, 13 Jun lalu.

Pada 4 Jun lalu, David Dass didakwa memandu Perodua Viva 4 Jun dan pada 4 Mei lalu pula Way Yeow menunggang motosikal jenis Demak EX90, kedua-dua mereka didakwa berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Sungai Ujong, jam 8.

Sementara itu, Yee Seng dituduh memandu Honda CRV secara mabuk di Persiaran Utama S2/1, Seremban, jam 9 malam 26 Mei pada dan Tzyy Loong pula di Jalan Lingkaran Tengah Permai pada jam 2.30 pagi, 3 Oktober 2019.

Artikel Berkaitan:

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda dari RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tujug daripada lapan tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya diberikan hukuman denda yang rendah kepada mereka, namun Syarifah Nur Amirah minta supaya hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,500 terhadap kesemua tertuduh kecuali Gunalan yang dibenarkan diikat jamin RM3,000 dan tarikh jatuh hukuman terhadapnya ditetapkan pada 14 Ogos ini.

Keenam tertuduh juga diarahkan menjalani hukuman penjara selama enam bulan jika gagal membayar denda ditetapkan.