Allahyarham Muhammad Arif pernah rancang berkahwin

Muhammad Akhbar turut membantu proses pengebumian Allahyarham adiknya di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar tadi.
Muhammad Akhbar turut membantu proses pengebumian Allahyarham adiknya di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Laskar Kelas I TMK, Muhammad Arif Idris, 26, yang maut dalam kemalangan di Sabah kelmarin, pernah merancang untuk bertunang dan melangsungkan perkahwinannya pada Ogos depan.

Abang sulungnya, Muhammad Akhbar Idris, 30, berkata, namun perancangan adiknya itu tidak kesampaian.

Muhammad Akhbar berkata, Allahyarham pernah meluahkan hasrat untuk bertunang pada April lalu sebelum negara dilanda wabak koronavirus (Covid-19) dan kemudian memutuskan untuk bernikah Ogos ini.

Menurutnya, biarpun masih terkejut dengan pemergian insan tersayang yang telah lebih setahun tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Persiaran Balik Buloh, Klebang disebabkan tugasnya, mereka sekeluarga tetap reda dengan ketentuan ALLAH SWT.

"Itu tanggungjawab arwah sebagai tentera dan macam mana pun kami sekeluarga kena reda lebih-lebih lagi arwah pergi ketika sedang menjalankan tugas," katanya ketika ditemui selepas pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Muhammad Arif selamat disemadikan

Hadir sama, Juru Iring Tentera Laut Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong 16, Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim yang turut menyampaikan sumbangan dan watikah takziah daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada keluarga mangsa.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf Tadbir Markas Tentera Laut, Laksamana Pertama Abd Halim Shaari.

Muhammad Akhbar yang mesra dipanggil along dalam kalangan ahli keluarga berkata, Allahyarham sentiasa menghubungi ibu mereka setiap hari.

Artikel Berkaitan:

Sharum (kiri) menyampaikan sumbangan dan watikah takziah daripada Yang di-Pertuan Agong kepada ibu bapa Muhammad Arif.
Sharum (kiri) menyampaikan sumbangan dan watikah takziah daripada Yang di-Pertuan Agong kepada ibu bapa Muhammad Arif.

"Sebelum kejadian itu arwah ada hubungi mak dan dia bercakap seperti biasa," katanya.

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan termasuk ibu Allahyarham, Hanim Hassan dan bapanya, Idris Yaakob.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar pada jam 4 petang.

Muhammad Arif adalah anak kedua dari tiga beradik dilaporkan maut bersama dua lagi anggota TLDM, iaitu Laskar Kelas I Mohamad Firdaus Mat Izan dan Allahyarham Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim selepas trak tentera yang dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu 12.55 tengah hari Selasa lalu.

Semua mangsa merupakan anggota Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pangkalan TLDM Sandakan.