Silap 'setting' navigasi, pemandu masuk laluan motosikal

Pemandu kenderaan SUV jenis Volvo tersalah masuk ke laluan motosikal dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya kelmarin.
Pemandu kenderaan SUV jenis Volvo tersalah masuk ke laluan motosikal dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya kelmarin.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) 'tersesat' masuk lorong motosikal gara-gara terlalu mengikut aplikasi navigasi untuk ke lokasi dituju di Lebuhraya Persekutuan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki berusia 53 tahun itu yang memandu kenderaan jenis Volvo dari arah Petaling Jaya ke Shah Alam.

Menurutnya, kejadian itu kemudian telah tular di media sosial dan polis telah memanggil pemandu terbabit keesokannya untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dalam perjalanan dari syarikatnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk menuju ke pusat servis kenderaan.

Pemandu kenderaan SUV jenis Volvo tersalah masuk ke laluan motosikal dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya kelmarin.
Pemandu kenderaan SUV jenis Volvo tersalah masuk ke laluan motosikal dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya kelmarin.

"Semasa dalam perjalanan, pemandu itu telah menggunakan aplikasi navigasi yang menunjukkan laluan motosikal. Menyedari kesalahannya, pemandu terbabit telah cuba mencari jalan keluar dengan dibantu sekumpulan penunggang motosikal di laluan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain itu semakan yang dibuat ke atas telefon bimbit lelaki terbabit mendapati aplikasi navigasi yang digunanya tersalah menggunakan tetapan iaitu mode motosikal.

Katanya, ujian saringan air kencing juga mendapati pemandu itu negatif dadah.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu terbabit kemudian telah dibebaskan sementara kertas siasatan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.