Dua wanita ditahan miliki ganja

Polis merampas pokok ganja, menemui peket plastik disyaki berisi ganja selepas menahan dua wanita di Kelana Jaya, Petaling Jaya semalam.
Polis merampas pokok ganja, menemui peket plastik disyaki berisi ganja selepas menahan dua wanita di Kelana Jaya, Petaling Jaya semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan dua wanita kerana memiliki dadah jenis ganja di Jalan SS5A/9 Kelana Jay di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita terbabit yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja ditahan kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurutnya, pemeriksaan dalam kereta menemui satu peket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah jenis ganja seberat 125 gram.

"Siasatan awal mengesyaki wanita terbabit terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

"Soal siasat ke atas salah seorang suspek telah mengaku ada menanam pokok ganja di rumahnya di Kelana Jaya. Susulan itu, polis telah menyerbu rumah terbabit dan menemui empat pokok disyaki ganja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berusia 25 tahun itu kini direman tujuh hari.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes pengedaran dadah di kawasan Petaling Jaya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: