Enam suspek samun ditahan

Beberapa barangan mangsa dirampas di sebuah kediaman di Taman Perak, Kulim pada Selasa lepas.
Beberapa barangan mangsa dirampas di sebuah kediaman di Taman Perak, Kulim pada Selasa lepas.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kesemua enam suspek kejadian di Lunas, Kulim pada 31 Mei lepas itu ditahan Selasa lepas oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa yang berusia 42 tahun bersama isterinya, 31, yang menaiki kereta dalam perjalanan ke Taman Makmur dan melalui jalan Pasar Baru Lunas.

"Seorang suspek bertindak menahan kenderaan pasangan suami isteri itu sebelum sekumpulan lelaki menyerang kedua-dua mereka. Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian badan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa turut kehilangan kad pengenalan kad bank, wang tunai RM60, seutas rantai emas dan sebentuk cincin emas akibat disamun.

Ketika diminta mengulas sama ada kumpulan itu terlibat dengan modus operandi suspek wanita memperdaya dan membogelkan mangsa sebelum menyamun, Azhar memberitahu pihaknya masih melakukan siasatan.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas satu kad pengenalan dengan seutas rantai emas milik mangsa di sebuah kediaman Taman Perak dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: