Empat kes baharu melibatkan rakyat tempatan

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak empat kes baharu positif Covid-19 dikesan hari ini membabitkan satu penularan tempatan dan tiga kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, kesemua kes melibatkan rakyat negara ini saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor," katanya.

Menurutnya, pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 meningkat kepada 8,600 kes.

"Hanya 208 kes sedang menerima rawatan di hospital dan dua daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU)," katanya.

Beliau berkata, jumlah kematian Covid-19 kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 40 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad ialah 8,271 kes bersamaan dengan 96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Pada perkembangan sama, beliau berkata, genap 100 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, negara telah mempunyai kebolehan menjalankan 36,812 ujian makmal RT-PCR iaitu enam kali ganda berbanding sebelum PKP.

Artikel Berkaitan:

"KKM juga masih mempunyai 6,397 jumlah katil untuk pesakit Covid-19," katanya.

Menurutnya, walaupun terdapat 442 katil ICU dikhususkan untuk pesakit Covid-19 kini mula digunakan untuk pesakit kes lain.

"Begitu juga dengan mesin ventilator memandangkan hanya terdapat dua kes Covid-19 yang menggunakan ventilator," katanya.

Beliau berkata, jumlah kes aktif kini menurun kepada hanya 208 kes dan peratus kematian pula menurun kepada 1.4 daripada jumlah keseluruhan kes.

"Ini menandakan Malaysia berada dalam fasa pemulihan.

"Kejayaan meratakan lengkung graf kes Covid-19 dan juga mengurangkan penularan kes di dalam komuniti hasil tindakan bersama semua pihak, termasuk komuniti dan masyarakat," katanya.

Tambahnya, bagi memastikan negara pulih sepenuhnya dan berjaya menjalani fasa PKP Pemulihan ini, masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih besar iaitu dengan mematuhi sepenuhnya segala nasihat yang diberi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Malaysia harus bersedia ke arah kehidupan normal dengan normal yang baharu," katanya.