Lima suspek curi kenderaan direman

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Lima lelaki tempatan direman sehingga 28 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian kenderaan di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 42 tahun ditahan dalam beberapa operasi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berhubung kes curi kereta kelmarin.

Menurutnya, dalam kejadian Selalu lalu, mangsa mendapati kenderaan jenis Proton Perdana V6 yang diletakkan di rumahnya di sebuah kawasan taman perumahan telah hilang dan disyaki dicuri pada jam 3.40 pagi.

"Bertindak atas maklumat, kita melakukan tangkapan ke atas lima lelaki itu di kawasan Sungai Petani, Bedong dan Jitra," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Proton Perdana V6 dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dilaporkan hilang pada 24 Jun di Kodiang.

Katanya, melalui hasil siasatan, pihaknya mendapati kesemua suspek yang ditahan memiliki rekod lampau berkait jenayah dan dadah.

Artikel Berkaitan: