Polis tahan lelaki memiliki senapang angin

Mohd Khairiel Mohd Arif menunjuk senapang yang dirampas di dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol hari ini.
Mohd Khairiel Mohd Arif menunjuk senapang yang dirampas di dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol hari ini.
A
A
A

JEMPOL - Polis menahan seorang anak peneroka Felda Lui Timur di sini kerana disyaki menyimpan dan memiliki senapang angin buatan sendiri pada petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 45 tahun itu membeli senapang berkenaan daripada seorang lelaki di Triang, Pahang dengan harga RM100.

"Suspek menggunakan senapang tersebut untuk menembak haiwan perosak di dalam dusun belakang rumahnya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor.

Mengulas lanjut, Mohd Khairiel berkata, susulan itu, polis merampas dua laras senapang angin buatan sendiri, satu bekas tin berisi 34 butir bebola besi, satu buah besi valve kepala angin, satu pam angin dan telefon bimbit milik suspek.

Senapang yang dirampas ditunjukkan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol hari ini.
Senapang yang dirampas ditunjukkan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol hari ini.

"Suspek tidak mempunyai rekod jenayah direman selama empat hari bermula semalam hingga Sabtu ini

untuk siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960," katanya.

Artikel Berkaitan: