JPJ beri amaran kepada pemandu e-hailing

Adenan menunjukkan kenderaan yang disita oleh JPJ.
Adenan menunjukkan kenderaan yang disita oleh JPJ.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang memberi amaran kepada pemandu e-hailing supaya tidak terbabit dengan syarikat penyedia perkhidmatan tidak berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata, APAD menerima laporan terdapat syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing yang beroperasi secara haram sejak beberapa bulan lalu tanpa Lesen Perniagaan Pengantaraan daripada agensi berkenaan.

Adenan menunjukkan aplikasi haram yang kini menjadi pilihan pemandu e-hailing.
Adenan menunjukkan aplikasi haram yang kini menjadi pilihan pemandu e-hailing.

Menurutnya, hasil risikan mendapati lebih 200 pemandu di negeri itu menggunakan aplikasi syarikat terbabit untuk mencari penumpang yang dikatakan lebih menguntungkan berbanding aplikasi lain.

"Siasatan juga mendapati syarikat itu sedang mengadakan promosi untuk menarik pemandu berdaftar dengan mereka tanpa sebarang bayaran dan hanya melalui Facebook.

"Mereka juga tidak mempunyai Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) serta permit e-hailing (EVP) dan melanggar Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya pada sidang akhbar selepas Ops Khas Penguatkuasaan e-hailing Tanpa Permit di sini hari ini.

Antara kenderaan yang disita oleh JPJ
Antara kenderaan yang disita oleh JPJ

Adenan berkata, siasatan dilakukan mendapati syarikat itu beroperasi di lebih 30 negara sebagai pengendali e-hailing namun dipercayai masuk ke negara ini terutama Pulau Pinang sejak awal tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Pemantauan juga mendapati penumpang boleh tawar menawar harga menerusi aplikasi e-hailing ini malah ia lebih murah berbanding harga dikenakan oleh syarikat pengendali e-hailing yang lain.

"Bagaimanapun, pemandu dan penumpang terdedah dengan pelbagai risiko sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan kerana mereka tidak dilindungi insurans,"katanya.

Adenan menunjukkan kenderaan pemandu e-hailing yang disita selepas dikesan menggunakan aplikasi haram.
Adenan menunjukkan kenderaan pemandu e-hailing yang disita selepas dikesan menggunakan aplikasi haram.

Mengulas mengenai operasi yang diadakan Adenan berkata, anggotanya yang menyamar menjadi penumpang berjaya mengesan 11 kenderaan yang beroperasi menggunakan aplikasi haram itu.

Katanya, pemandu berusia 20 hingga 50 tahun itu merupakan pemandu e-hailing bagi syarikat (e-hailing) lain tetapi memberi alasan turut menjadi pemandu untuk syarikat tersebut kerana lebih mudah mendapat penumpang serta mendapat bayaran penuh daripada penumpang.

Susulan itu, kesemua kenderaan disita dan pemandunya disiasat menurut Seksyen 16(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 hingga RM10,000 atau dipenjarakqn selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.