1,334 calon hadir temuduga terbuka DBKL

Calon yang bersiap sedia untuk ditemuduga.
Calon yang bersiap sedia untuk ditemuduga.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,334 pemohon hadir pada sesi temuduga terbuka Pekerja Sementara Harian (PSH) yang diadakan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cheras pada semalam dan hari ini.

Unit Media DBKL di Facebook rasminya memaklumkan, temuduga tersebut sebagai memberikan peluang kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan atau hilang pendapatan kesan penularan koronavirus (Covid-19) merebut peluang mengisi jawatan kosong DBKL termasuk pembantu tadbir, pembantu pustakawan dan juruteknik komputer serta pembantu kemahiran.

"Seawal jam 8 pagi calon telah beratur untuk sesi pendaftaran yang dibuka hingga jam 10.30 pagi. Sesi temuduga semalam dijalankan sehingga malam disebabkan permohonan yang terlalu ramai.

Antara yang hadir pada sesi temuduga terbuka DBKL yang berlangsung semalam dan hari ini.
Antara yang hadir pada sesi temuduga terbuka DBKL yang berlangsung semalam dan hari ini.

"Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, DBKL menetapkan SOP (prosedur operasi standard) kepada calon yang hadir untuk mengamalkan penjarakkan sosial, memakai pelitup muka, mengesan suhu badan serta menggunakan cecair pembasmi kuman sepanjang tempoh temuduga berlangsung," memetik kenyataan itu.

Terdahulu, DBKL mengeluarkan iklan jawatan kosong sebagai PSH Khamis lalu yang mana pemohon diwajibkan untuk membawa dokumen lengkap termasuk kad pengenalan, sijil pelajaran dan berkaitan.

Artikel Berkaitan: